Siakap Keli
Gambar Via Linda Yoe

Rasa Sama Macam Kulit Ayam, Akak Ini Kongsi Resepi Buat Telur Dadar “Crispy”

Mempunyai sumber protein yang sangat baik, telur sentiasa menjadi makanan pilihan rakyat Malaysia. Bukan saja enak digoreng dan direbus, ia juga boleh dimasak dengan lauk-lauk yang lain serta menjadi bahan utama untuk membuat kek.

Terkadang bila digoreng dan dimakan dengan kicap pun sudah cukup memadai untuk mengenyangkan perut.

Tidak cuma itu, salah satu masakan telur yang dijadikan sebagai menu utama adalah telur dadar. Ia sentiasa menjadi pilihan untuk dimakan bersama lauk-lauk yang lain.

Bercakap mengenainya, SK kali ini akan berkongsikan resepi telur dadar crispy. Rasanya mesti ramai yang belum pernah buat resepi telur ini.

Resepi itu telah dikongsikan oleh Linda Yoe menerusi group Masak Apa Hari Ini. Menurutnya, telur dadar itu sangat rangup sehingga anak-anaknya menyangka bahawa ia merupakan kulit ayam.

Tak usah tunggu lagi, jom kita tengok resepi yang dikongsikan Linda di bawah ini.

Terima kasih kepada pemberi resepi telur dadar crispy dalam grup ni. Anak umur 8 dan 6 tahun percaya ni kulit ayam. Lepas ni kalau goreng ayam harap tak sibuk-sibuk lagi cari kulit ayam.

Edit: resepi telur dadar crispy

4 biji telur (buat mcm telur dadar biasa tu, tambah garam dan serbuk perasa).

Gambar Via Linda Yoe

Pastu goreng telur tu nipis-nipis, macam saya pakai magic pan..saya goreng bulat-bulat pakai sudu.

1 mangkuk air masak dan satu mangkuk tepung bistari (tak kisah brand ape pun, nak pedas boleh letak cili powder).

Celupkan telur goreng tadi dalam air, pastu buh kat tepung bestari tadi dan bolehla goreng, guna api sederhana. Selamat mencuba.

Sumber: Linda Yoe

Sofea

There's always another side to every story