Siakap Keli
Kredit: Tribunnews.com

Cuma Foto Budak Peluk Si Oyen Di Tepi Jalan Tapi Jadi Viral, Rupanya Ini Sebabnya

Tular beberapa gambar seorang kanak-kanak sedang memeluk seekor kucing dan menjadi perhatian ramai orang. Foto yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @saintlaurs itu telah diretweet sebanyak 31.1 ribu kali dan mendapat 138.9 ribu sukaan oleh pengguna Twitter yang lain.

Pemilik akaun Twitter tersebut yang dikenali sebagai Larasati Putri Prasetyo telah memuat naik sebanyak empat keping foto yang memperlihatkan seorang kanak-kanak memakai baju berwarna kelabu bersama sebuah kucing. Kanak-kanak itu dikatakan sedang berjalan sebelum duduk sebentar di pinggir jalan. Tidak lama kemudian, seekor kucing berwarna oren telah datang mendekatinya dan kanak-kanak itu pun lantas membelai, mendukung dan memeluk kucing tersebut.

Kredit: Tribunnews.com

Menurut portal, gambar itu diambil di hadapan rumah Larasati ketika dia sedang bersantai-santai dengan rakan-rakannya. “Waktu foto diambil, saya sedang bersantai di depan rumah dengan rakan-rakan,” ujarnya.

Dia  yang merupakan seorang pencinta kucing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. Tambahnya, interaksi antara kanak-kanak dengan kucing itu merupakan sebuah moment yang sangat manis. “Pada mulanya, saya melihat interaksi antara budak kecil dengan kucing itu sangat manis. Kebetulan saya juga pencinta kucing. Sebab itu saya terus ambil gambar mereka,” cerita Larasati.

Sayangilah Sesama Makhluk Ciptaan Tuhan, Mungkin Itu Sebabnya Viral

Menurut Larasati, kanak-kanak itu merupakan seorang pencinta kucing, sama seperti dirinya. Hal ini jelas terlihat melalui sikap yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut yang mendukung dan memeluk kucing itu tanpa ragu.

Menurut portal, Larasati sama sekali tidak berasa pelik jika gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral kerana dia yakin ramai orang berfikiran sepertinya. “Saya tidak berasa pelik ketika tahu gambar tu viral sebab saya yakin mereka juga menganggap moment tersebut sangat manis dan mengharukan untuk dilihat,” ceritanya.

Dia menambah, “Seorang kanak-kanak dan seekor kucing yang sedang bersendirian, telah menemani satu sama lain. Saya yakin orang yang melihatnya pun pasti merasakan perkara yang sama dengan saya.”

Pada akhir cerita, Larasati menasihati semua orang agar saling menyayangi sesama makhluk kerana kita sama-sama merupakan ciptaan Tuhan dan hidup saling berteman.

Sumber: Tribunnews.com

Hanis Lyana