Siakap Keli
Gambar: Surau Taman Setia Bakti

“Sedih Rasa Hari Ni,” Al-Quran Dibuang Keluar, Ada Najis Kat Tempat Imam, Surau Dipercayai Kena Khianat

Surau adalah tempat ibadah khusus umat Islam yang perlu dipulihara. Walaupun tak sebesar masjid yang lebih banyak kunjungannya, kebersihan surau juga perlu dititikberatkan.

Melalui laman Facebook Surau Taman Setia Bakti, admin akaun tersebut memuatnaik beberapa gambar menunjukkan Al-Quran dari surau tersebut yang dikoyak dan dibuang keluar dipercayai atas perbuatan khianat

Dapat dilihat sejumlah Al-Quran yang sudah terlerai dari lembarannya dan dibiar berserakan hingga ke celah-celah pohon.

Tidak hanya kitab suci itu yang dibuang, beberapa sejadah turut dilihat berselerak di atas tanah.

Gambar: Surau Taman Setia Bakti

Lebih parah lagi, pihak tak bertanggungjawab ini turut membuang najis di tempat imam surau tersebut.

Gambar: Surau Taman Setia Bakti

Menurut hantaran terbaru Surau Taman Setia Bakti, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan terhadap perkara ini.

Gambar: Surau Taman Setia Bakti

Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat lanjut berkait individu yang melakukan perbuatan khianat ini. Namun pihak pengurusan Surau Taman Setia Bakti berharap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Sumber: Surau Taman Setia Bakti

Eyla Azri