Siakap Keli

(Video) Tak Perlu Nak Gunting Satu-satu, Ini Cara Mudah Buang Biji Cili Kering

Cili kering menjadi salah satu bahan masakan yang sangat penting terutama untuk membuat hidangan sambal atau tumis. Ia juga mempunyai tahap kepedasan yang berbeza mengikut jenisnya.

Tapi walau apa pun jenisnya, ada sesetengah cili kering yang mempunyai biji yang sangat banyak sehingga terkadang perlu mengambil masa yang lama untuk membuangnya.

Disebabkan itu juga, mungkin ramai yang lebih gemar membeli cili kering yang sudah siap diproses. Katanya proses memasak akan jadi lagi mudah dan cepat.

Bagaimanapun, ia sebenarnya mempunyai perbezaan dengan cili kering yang dikisar sendiri kerana ada sesetengah produk yang meletakkan bahan tambahan. Justeru, anda boleh buat sendiri di rumah.

Tak perlu risau dengan biji cili kering kerana ada cara yang sangat mudah untuk membuangnya tanpa mengambil masa yang lama.

Caranya telah dikongsikan menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @datinz.k, yang  telah ditonton sebanyak 1.5 juta kali.

Kenapa la tak terfikir cara yang mudah macam ni

Menerusi video itu, cili kering perlulah dikisar sekejap dan dituang ke dalam bekas berjaring. Setelah itu, anda perlu menggoncangnya agar biji-biji jatuh ke bawah.

Mudah kan? tidak ambil masa yang lama pun untuk disiapkan dan tidak perlu lagi nak gunting satu-satu. Selamat mencuba!

@datinz.k

#fyp buang biji lada #tips #tiktokguru

♬ Paalifaa6 – Healing

Sumber: datinz.k

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.