Siakap Keli
Kredit: Khairul Hafiz

Pintu Tutup Tapi Tak Rapat? Lelaki Ini Tunjuk Cara Nak Tukar Getah ‘Expired’ Pada Peti Ais

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peti sejuk merupakan perkakas yang amat diperlukan di setiap rumah bagi menyimpan barang basah. Tanpanya, tak lengkaplah sesebuah rumah.

Pun begitu, apabila sampai suatu masa, komponen peti sejuk mungkin mula menunjukkan masalah. Antaranya ialah apabila getah pintu menjadi longgar, membuatkan peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat. Akibatnya, bahan makanan di dalam peti boleh rosak dan tak tahan lama.

Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi caranya untuk membaiki komponen tersebut tanpa menggunakan sebarang peralatan. Kongsi Khairul Hafiz, anda boleh mendapatkan getah tersebut melalui platform atas talian sahaja dan menukarnya sendiri.

Jom baca perkongsiannya di bawah.

Beli getah ikut ukuran

Seller cakap kena preorder 7 hari. Ilmu apa yang dia pakai tak tahu laa. Tengok-tengok tak sampai 3 hari dah sampai.

Bukak parcel, ni lah rupa getah dia. Setiap pintu ukuran tak sama ok.
Dia ada ukuran dia.

Tapi bagi saya, rupa dan harta bukan ukuran untuk saya cintakan awak..
Gitteewwww

Kredit: Khairul Hafiz

1st step cabut getah adalah dengan cabut penjuru atas macam dalam gambar. Tarik aje sampai getah tu tercabut.

Jangan risau, nak repair ni tak perlu tool.
Tapi kalau nak repair luka di hati awak, awak perlukan saya di sisi.. Eh!

Kredit: Khairul Hafiz

Ni rupa bentuk getah asal. Barang lama memang akan sentiasa kena tukar. Yang lama ganti dengan yang baru.

Tapi awak memang tiada penggnti dulu kini dan selamanya di hati saya.

Kredit: Khairul Hafiz

Cara pasang getah yang baru pulak, tekan setiap penjuru terlebih dahulu. Baru tekan yang lain-lain, untuk elak getah terlebih saiz di setiap pnjuru.
Baru lah tekan yang lain.

Tekan biar betul-betul rapat supaya pintu sneang nak tutup nanti.
Tapi, pintu hati awak sentiasa terbuka untuk saya kan?

Kredit: Khairul Hafiz

Ok tadaaaa.. dah siap…nie bukan post deko-deko ok…maaf jika lari tajuk sikit…terima kasih kerana membaca sampai abis. Nak hidang air kat awak pun, air dalam jug tu dah habis.

Kredit: Khairul Hafiz

Sumber: Khairul Hafiz via Kelab Kaki Deko

Boleh beli getah peti ais disini

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.