Siakap Keli

“Kita Boleh Hadap Segalanya,” Brendan Gan Dedah Wajah Terkini Berkepala Botak

Baru-baru ini, pemain kebangsaan Malaysia, Brendan Gan disahkan menghidap kanser testikal dan mendapat sokongan daripada seluruh peminat bolasepak Malaysia.

Hari ini, beliau memuatnaik video pendek menunjukkan wajah barunya yang sudah botak. Berkemungkinan itu kesan dari rawatan kimoterapi yang dijalankannya.

“Kita tutup hampir kesemua lapisan yang buat kita tak yakin dan kita tunjukkan kepada dunia apa yang kita rasa selesa.”

“Ini masanya untuk dedah sesetengah lapisan dan tunjukkan realiti perjuangan saya melawan kanser testikular.” katanya.

Sumber: Brendan Gan

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)