Siakap Keli
Gambar: BBC & MwanzoTV

Tahan Presiden Alpha Conde,Tentera Rampas Kuasa, Ambil Alih Pemerintahan Negara Guinea

Pasukan khas tentera Guinea melancarkan rampasan kuasa semalam serta menahan Presiden Republik, Alpha Conde. Rampasan kuasa tersebut turut disusuli penguatkuasaan darurat tanpa tempoh khusus di negara Afrika Barat itu.

Menurut AFP, sebuah video turut dihantar kepada agensi itu, menunjukkan Presiden Conde yang duduk di sofa dan dikelilingi para tentera.

“Dalam video tersebut, Presiden yang berusia 83 tahun itu turut ditanya tentera jika dia ada menerima layanan buruk dari pihak mereka.

“Namun Presiden Conde memilih untuk tidak menjawab,” kata AFP.

Video ini juga sempat beredar di beberapa platform media sosial baru-baru ini selepas rampasan kuasa berlaku di Guinea.

Sebelumnya, ketua pasukan khas tentera Guinea, Leftenan Kolonel Mamady Doumbouya sempat tampil di siaran televisyen tempatan dengan memakai bendera Guinea.

Gambar: BBC

“Kami dah tak percaya seorang pemimpin untuk perintah negara, kami cuma percaya rakyat,” ujar Doumbouya.

Doumbouya turut berkata kepada media Perancis,

“Kami berkuasa terhadap Conakry sekarang dan kami dapat sokongan dari pihak pertahanan.”

Berita rampasan kuasa ini turut mendapat sokongan beberapa pihak termasuk ratusan penduduk di beberapa kawasan di ibu kota.

Gambar: AFP

Sumber: AFP

Eyla Azri