Siakap Keli

(Video) ‘ASP Razlan Gerak Khas’ Ajar Lima Jenis ‘Dan’ Dalam Loghat Kedah

Dalam banyak-banyak loghat di Malaysia, satu-satunya loghat yang cukup ‘enak’ didengar dan digemari ramai ialah loghat utara. Negeri-negeri yang menggunakan loghat ini semestinya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan sebahagian Perak.

Baru-baru ini, bekas pelakon drama aksi paling ‘lejen’ tanah air, Gerak Khas, iaitu Zulkifli Ismail berkongsi lima jenis perbezaan bagi istilah ‘dan’ yang sering digunakan dalam loghat Kedah.

Zulkifli yang pernah memegang watak sebagai ASP Razlan dalam Gerak Khas menunjukkan, walaupun kelima-lima perkataan ‘dan’ dalam loghat Kedah ini memiliki bunyi yang hampir sama, namun maksudnya agak berbeza.

Beliau berkongsi perkongsian unik ini menerusi satu video yang dimuat naik ke TikToknya pada semalam. Oleh itu, jom kita kenali apa sebenarnya maksud ‘dan’ dan lima jenis ‘dan’ yang berbeza maksudnya:-

  1. Dan: sempat
  2. Tak dan: tak sempat
  3. Dan dan: serta-merta
  4. Tak dan: tak sabar atau tak menyempat-nyempat
  5. Ikut dan: sesuka hati

Untuk penerangan lebih jelas, mari tonton videonya seperti di bawah ini.

@zulkifliismail01

Dan Ka Tak Dan? #loghat #loghatkedah #bahasa #kedah #bahasaku #bahasamelayu

♬ original sound – zulkifliismail01 – zulkifliismail01

Jika anda selami video yang dikongsikan beliau ini, anda akan dapati banyak perkongsian info mengenai bahasa. Kadangkala musykil juga, Zulkifli ini pernah jadi guru Bahasa Malaysia ke?

Merujuk sejarah terdahulu, rupa-rupanya Zulkifli merupakan seorang penulis yang banyak berkarya melalui penulisan sastera, sajak, rencana dan berita ketika sekitar tahun 1980-an.

Atas kemahiran dimiliki, Zulkifli terpilih bertugas sebagai wartawan akhbar di Utusan Melayu pada 1983 sebelum meneruskan kariernya sebagai penulis skrip dan penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Untuk rekod, Zulkifli pernah membintangi beberapa drama dan filem terkenal tanah air bermula 1992 hingga ke hari ini seperti Maria Mariana 2 (1998), Gerak Khas (2001-2011), Lagenda Budak Setan 2 (2012) dan banyak lagi.

Sumber: TikTok Zulkifli Ismail / Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'