Siakap Keli
Gambar: TikTok Adrian Chia

5 Aksesori Wajib Pasang Dalam Kereta, No. 5 Paling ‘Function’

Sudah menjadi kebiasaan kereta yang kita beli mesti nak dipasang dengan pelbagai aksesori atau gajet. Ada saja yang nak ditambah biar sedap mata memandang dan nampak berbeza dengan kereta lain.

Aksesori-aksesori ini pula biasanya adalah untuk menambah fungsi dan kegunaan asal sesebuah kereta itu. Malah, ada juga yang memang minat mencantikkan kereta dan tambah aksesori sebab suka-suka.

Aksesori kereta ni datang dalam pelbagai jenis dan harga. Tambahan pula zaman online shopping macam sekarang ni, lagi la banyak pilihan yang tersedia. Jadi korang boleh la ikut selera dan bajet sendiri untuk beli aksesori-aksesori ni.

Pemilik kereta yang nak pakai aksesori untuk tambah fungsi tapi taknak kereta semak boleh dapatkan beberapa aksesori penting yang sangat praktikal.

Bagi yang tak tahu nak mula dari mana, video yang diunggah oleh pengguna TikTok Adrian Chia ni mungkin boleh bantu korang.

Dalam video tersebut, pengunggah berkongsi lima jenis aksesori penting yang wajib dipasang dalam kereta. Lima aksesori ni termasuk:

  • Dashcam
  • Karpet PVC
  • Sun shade
  • Hook
  • SmartTag

Nak tahu kenapa lima aksesori ni penting untuk kereta korang, tengok video penuh di bawah.

@adrianchiaaa

Setuju ke dengan list ini? 🤭 #learnontiktok #carsafetytips #carmalaysia #fypmalaysia

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Sumber: TikTok @adrianchiaaa

Eyla Azri