Siakap Keli
Gambar Via Google

Pernah Dicadangkan Masuk Olimpik, Kenali “Competitive Eating”, Acara ‘Sukan’ Makan Dengan Cepat

Tabiat makan secara berlebihan sememangnya boleh memberikan pelbagai kesan yang buruk kepada tubuh badan seseorang terutama boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan obesiti.

Disebabkan itu, kita sering diingatkan untuk berhenti makan sebelum kenyang.

Bagaimanapun, tahukah korang bahawa ada satu jenis sukan yang melibatkan acara makan. Dikenali sebagai Competitive Eating, setiap peserta perlu duduk dan menghabiskan semua makanan yang disediakan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Menurut portal How They Play, acara itu sangat popular di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun. Difahamkan, acara itu juga berlangsung selama 8 hingga 10 minit dan antara makanan yang sering ‘dipertandingkan’ adalah sosej, kepak ayam, taco, donat dan daging ayam.

 

Acara yang paling popular pula dikenali sebagai Nathan’s Hot Dogs di Coney Island. Ia diadakan setiap tahun sejak tahun 1972 dan melibatkan 20 orang peserta.

Stesen TV ESPN juga telah mula menyiarkan acara itu secara langsung sejak tahun 2003 dan meraih kira-kira hampir 2 juta penonton di seluruh dunia.

Habiskan makanan dalam masa 10 minit

Sepanjang acara pertandingan itu, peserta perlu berada di atas platform yang tinggi di hadapan ribuan penonton dan mempunyai masa selama 10 minit untuk memakan sosej dan roti.

Mungkin tempoh masa tersebut dirasakan tidak masuk akal tetapi seorang lelaki yang dikenali sebagao Joey “Jaws” Chestnut pernah berjaya menghabiskan sebanyak 70 sosej dalam masa 10 minit. Ia merupakan pencapaian yang amat mengagumkan orang ramai.

Hadiah untuk peserta lelaki dan wanita diasingkan sejak tahun 2007. Difahamkan, mereka akan mendapat tali pinggang dan hadiah wang tunai.

Individu yang berbadan besar tidak semestinya mempunyai kelebihan dalam pertandingan tersebut kerana ia melibatkan acara makan dengan cepat.

Difahamkan, acara ini pernah dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam sukan Olimpik namun ia tidak dipersetujui oleh The International Federation of Competitive Eating (IFCO).

Sumber: How They Play, Info Bloom

Sofea

There's always another side to every story