Siakap Keli

(Video) “Disebabkan Obesiti Ini…”, Pilu, Kucing Disahkan Hidap Kencing Manis, Terpaksa Cucuk Insulin Sepanjang Hayat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka kucing juga sebenarnya boleh terdedah kepada pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa dan salah satu darinya adalah penyakit kencing manis.

Mungkin masih ada yang belum tahu mengenai penyakit ini, kencing manis kucing atau dipanggil sebagai diabetes mellitus merupakan penyakit biasa yang dihadapi oleh haiwan comel itu.

Lebih kurang seperti manusia, penyakit tersebut kebiasaannya berlaku pada kucing yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau apabila mereka sudah lanjut usia.

Menurut Cat Friendly, kucing juga mempunyai pankreas yang menghasilkan insulin untuk mengawal gula dalam tubuh mereka. Diabetes berlaku apabila badan kucing tidak dapat mengimbangkan gula dalam aliran darah mereka dengan betul.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan mengenai seekor kucing dikatakan menghidapi kencing manis dan sedang disuntik insulin.

Menerusi siri perkongsian pemilik kucing itu di Facebook, Amiza Amiruddin, kucing yang dikenali sebagai Belang itu telah didiagnos menghidap kencing manis sejak tahun 2018 lagi.

Menurutnya, belang ketika ini sudah berusia 15 tahun dan obese sejak di usia muda.

Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk meneliti kronologi penyakit kencing manis yang dihidapi oleh Belang.

Ramai tak tahu kucing pun boleh ada Diabetes mcm manusia, dan sebenarnya ia adalah penyakit common yang libatkan sistem endokrin kucing. Ada tanya camana dapat tahu Belang ada Diabetes Mellitus ( DM) :- ni akak share Kronologi Belang diagnosed diabetes pada 15/10/18 :-

1. Ayah jumpa dia lemah terbaring dalam bilik air. Waktu ni – memang dia dah dlm beberapa hari macam murung dan tak selera nak makan. Dan asyik terbaring lemah saja. Hari tu, dia jalan2 sket terus terjelepuk. Mcm tak terdaya.

2. Masa tu lah terus rush ke klinik vet berdekatan bawak Belang jumpa dr Sharon pada hari yang sama.

3. Doctor buat segala macam test dan terkesan gula dalam darah tinggi dan terkesan level ketone dalam urine dan darah sangat tinggi.

4. High Ketones level – apabila tinggi akan jadi DKA ( Diabetic Ketoacidosis ) menunjukkan ada compilasi diabetes yang boleh mengakibatkan koma dan kematian.

5. Keadaan Belang waktu tu memang lemah sangat. Akak ingat lagi waktu tu akak takde kt Malaysia, akak berada di Norway for holiday – akak menangis beriya kat sana bila dpt tahu berita ni. Mama bagitau – berserah pada Allah, kalau umurnya panjang Allah permudahkan insyallah.

6. Belang dimasukkan dalam wad klinik selama 10 days utk observation dan doc berusaha utk clearkan ketone dalam darah dan urine.

7. Waktu tu keadaan Belang sangat kritikal, antara hidup dan mati. We thought we would lose belang at that time. Doktor Sharon berusaha untuk stabilkan keadaan Belang & alhamdulilah Dengan izin Allah, Belang survived. He is a fighter.

8. Since then doctor diagnosed Belang ada diabetes dan terpaksa bergantung kepada insulin sepanjang hayat dia utk pastikan tidak berlaku situasi sama ( ketone level tinggi dalam darah dan urine )

Selepas tu – Bermula lah episod rutin Belang check darah 2x sehari dan cucuk insulin setiap hari. Part ni – memang ayah yang amik alih tugas ni.

9. Belang sekarang dah berumur 15 tahun, dan memang obese dari muda dan suka makan. Makanan dia palletes dari Royal Canin. Jadi since dia sakit, kita tukarkan Royal Canin type utk pesakit diabetic ( hanya dapat kat klinik ).

10. Tapi Belang kadang2 curi2 makan juga makanan kucing lain yang normal dalam rumah ni ( ada 3 ekor lain ). Kadang2 pesakit diabetes manusia pun kita takleh nak control inikan pula kucing kan..

Jadi peringatan utk semua pencinta kucing di luar sana, pastikan kucing2 kalian semua kawal berat badan utk elakkan obesity. Disebabkan obesity ni yang menjadi punca kepada kandungan gula dalam darah tinggi dan lead to diabetes.

Makanan kucing pun ada sugar level – dan bila kucing suka makan berulang kali, boleh juga buatkan sugar level tak terkawal.

Update : Belang masih dihospital, keadaan dia sama, sedar dan dah tak sawan lg, tp mentation masih belum normal. Sebab kita tak dapat pastikan seizure ( sawan ) yang berlaku smalam since berapa lama – dan ianya buatkan brain activity mula terganggu. Kami sekeluarga redha dengan apa yg ditentukan Allah swt. Doa kami agar Belang dipermudahkan urusan dan dengan izin Dia, insyallah Belang kembali sihat seperti biasa.

Menerusi kiriman yang lain, Amiza juga berkongsi video yang memaparkan Belang disuntik insulin. Jom saksikan di bawah ini.

 

 

Sumber: Amiza Amiruddin, Cat Friendly

Sofea

There's always another side to every story