Siakap Keli
Gambar: Tiktok @lukmansemborroo

(Video) Mungkin Ada Kisah Tak Terungkap, Tular Video Lelaki Tidur Tanpa Alas Di Tepi Kubur

Baru-baru ini tular video di media sosial tentang seorang lelaki tidur di sebelah kubur. Video tersebut dikongsi oleh pemilik akaun Tiktok iaitu @lukmansemborroo.

Di dalam video tersebut, lelaki yang memakai baju biru itu dilihat baring di atas tanah tanpa sebarang alas. Kubur yang berada di kedua-dua belahnya kelihatan dipenuhi dengan bunga dan ia seperti baru sahaja ditabur.

Sementara itu, terdapat sebuah kubur kecil di sekitar kubur yang dibaring oleh lelaki itu. Lelaki itu bebaring secara terlentang dengan tenang dan kedua tangannya diletakkan di atas perutnya.

Gambar: Tiktok @lukmansemborroo

Bagaimana pun, video pendek itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai sebab mengapa lelaki itu berbaring di sebelah kubur dan tidak diketahui juga siapa pemilik kubur itu.

Menurut Suarabatam.id, warganet mengesyaki bahawa kubur itu adalah kubur isterinya. Tindakan lelaki itu membuatkan warganet berasa kasihan dan sedih walaupun alasan tindakan lelaki itu belum diketahui.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan respons daripada warganet yang boleh dilihat. Antaranya mereka sangat sedih dan rasa kesian pada lelaki itu yang dikatakan dia mungkin rindu pada isterinya.

“Ya Allah, setianya sama isterinya sudah meninggal…”

“Ya Allah, semoga boleh mengikhlaskan yang telah pergi…”

“Mungkin isteri meninggal dunia dalam keadaan hamil…”

“Mungkin isterinya baru meninggal dunia dan menunggu di sebelah kuburnya…”

Tonton video di sini:

 

@lukmansemborroo

♬ suara asli – [email protected][email protected]

Sumber: Suarabatam.id, Tiktok @lukmansemborroo

" "