Siakap Keli
Gambar: Bernama

Negeri Sembilan Beralih Ke Fasa Empat, Pahang Ke Fasa Tiga Dan Johor Ke Fasa Dua Berkuat Kuasa 24 Sept – PM

Kerajaan akan membenarkan peralihan fasa bagi Negeri Sembilan, Pahang dan Johor berkuatkuasa 24 September ini.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, peralihan fasa ini dibuat selepas penilaian risiko semasa dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengambilkira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil ICU serta peratusa lengkap divaksinasi,” kata kenyataan tersebut.

Antara negeri-negeri yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan daripada Fasa 3 kepada Fasa 4
  • Pahang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3
  • Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2

Dengan kelonggaran yang diberikan ini, kerajaan berharap agar ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan pebuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

Dalam pada itu, kerajaan juga menyeru kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan diri dari dijangkiti virus COVID-19.

“Patuhilah setiap SOP yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” tulis kenyataan tersebut.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Aqmal Ezany

I write what is right