Kebanyakan kereta baru yang terdapat di pasaran kini sudah tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin.
Ini kerana, kesan pemodenan teknologi pada zaman ini, rata-rata kereta baru kini telah menggunakan ‘push-start button’ dengan syarat bahawa smart key berada berdekatan ketika menekan butang tersebut untuk menghidupkan enjin.
Selain daripada berfungsi menghidupkan enjin, smart key ini juga boleh berfungsi untuk membuka pintu kereta serta mematikan alarm kereta.
Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami atau pun tertanya-tanya tentang bagaimanakah sekiranya smart key itu secara tiba-tiba tidak berfungsi.
Satu akaun TikTok bernama @sengkonglocksmith_oe ada berkongsikan tentang perkara yang perlu dibuat bagi menyelesaikan masalah itu dalam video yang dimuat naik di akaunnya.
Menurutnya, cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu amat mudah sekali kerana ianya hanya memerlukan 3 langkah sahaja iaitu buka pintu, matikan alarm dan hidupkan enjin kenderaan anda.
Perkara pertama yang anda perlu buat adalah keluarkan kunci yang terdapat pada remote kereta anda.
Kemudian, buka pintu menggunakan kunci yang telah anda keluarkan itu tadi. Seterusnya, tekan brek menggunakan kaki anda.
Apabila alarm kereta anda mulai berbunyi, tekan butang ‘push-start’ tersebut sebanyak satu kali dan scan remote kereta anda itu pada butang ‘push-start’ berkenaan.
Selepas anda mengikuti langkah-langkah tersebut, anda akan mendapati bahawa alarm anda akan berhenti berbunyi.
Setelah semuanya selesai, anda hanya perlu tekan butang ‘push-start’ itu sekali lagi dan enjin kereta anda baru boleh dihidupkan.
Mudah bukan? Jikalau anda ada masalah ini, bolehlah ikuti langkah-langkah seperti yang dikongsikan dalam video seperti berikut:
@sengkonglocksmith_oe Perodua Bezza smart key control tiba-tiba tak fungsi buka pintu, cara yang tutup alarm dan hidup enjin.#oeacademy #TikTokGuru #tiktokmalaysia #idou
♬ 原聲 – peter_sengkonglocksmith_oe – peter_sengkonglocksmith_oe
Sumber: @sengkonglocksmith_oe