Siakap Keli
Kredit: Google

Wanita Warga Indonesia Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 29 Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di sebuah pangsapuri dekat Gelang Patah, awal hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata mangsa, 66, ditemui tersangkut di tingkat 16, setelah terjatuh dari tingkat 29.

Beliau berkata mangsa yang merupakan pemastautin tetap itu, dipercayai tinggal di pangsapuri berkenaan bersama anak angkat mangsa berumur 13 tahun.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota, telah dihantar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.58 pagi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengangkat mangsa dari balkoni dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan tamat pada pukul 4.55 pagi tadi.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.