Siakap Keli
Gambar: nenk_update

(Video) Tular Lelaki Bakar Kubur Arwah Bapa, Dipercayai Kerana Tak Puas Hati Soal Pembahagian Harta Pusaka

Satu video yang memaparkan kubur dipenuhi asap seakan baru dibakar telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @nenk_updatee.

Dalam video tersebut, dijelaskan bahawa seorang lelaki disyaki membakar kubur bapanya sendiri.

Kemudiannya, seorang lelaki telah datang untuk memadamkan api di kubur tersebut.

Menurut kenyataan yang terdapat dalam video itu, kejadian sebegitu telah terjadi sebanyak beberapa kali.

Dalam video tersebut, dijelaskan bahawa seorang lelaki ada ternampak seseorang yang sedang menaiki kereta.

Orang itu dikatakan sengaja datang ke kubur arwah bapanya untuk membakar kubur tersebut.

“Cerita daripada lelaki yang memadamkan api itu, dia telah terlihat seseorang datang dengan kereta putih. Dia sengaja datang ke kubur ayahnya dengan niat untuk membakar kubur ayahnya sendiri,” jelasnya memetik laporan Suara.com.

Berdasarkan video tersebut, terdapat seorang lelaki yang datang memadamkan kebakaran itu.

Lelaki itu membawa air untuk disiramkan terhadap api yang terdapat di kubur tersebut.

Tampak asap daripada kebakaran kubur itu berkepul ke udara. Lelaki itu berulang kali membawa air untuk memadakam api berkenaan.

Perkongsian tersebut turut menjelaskan bahawa kejadian yang serupa sudah banyak kali berlaku.

Bukan sahaja bakar, malah ada yang nekad memecahkan batu nisan kubur hanya kerana tidak berpuas hati dalam soal wasiat pembahagian harta pusaka.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 47 ribu kali.

 

 

 

Sumber: Suara.com

Aqmal Ezany

I write what is right