Siakap Keli

“Assalamualaikum, Nama Saya Ayash..,” Shuib Akhirnya Dedah Wajah Bayi Lelakinya Buat Pertama Kali

Dua minggu lalu, bayi lelaki Shuib yang diberi nama Ayash Affan telah dibawa pulang dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), setelah sebulan pemantauan. Terbaru, Shuib melalui Instagram miliknya berkongsi posting baru, video Ayash sedang tidur untuk tatapan pengikutnya.

Assalammualaikum,Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA

Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya 😊 #AYASHAFFAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis lain yang teruja diberi kesempatan melihat dan juga mendoakan kesejahteraannya. Untuk makluman, Ayash Affan telah dilahirkan dalam keadaan ibunya, arwah Siti Sarah bergelut dengan COVID-19 dan meninggal dunia beberapa hari selepas bersalin.

Selain Ayash Affan, Shuib dan arwah Siti Sarah mempunyai tiga orang lagi anak; Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.

Sumber: Instagram Shuib

Nur Farra