Siakap Keli
Gambar: BAM

Turun Berentap Dengan Jepun, Netizen Minta Skuad Badminton Pakai Jersi Merah, Baru Ada “Ong”, Ini Respon BAM Seakan Terhibur

Pertembungan diantara pasukan badminton negara dengan pasukan badminton Jepun pastinya amat dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Perlawanan di peringkat separuh akhir ini dijangka akan bermula seawal jam 9 malam ini.

Sekiranya pasukan negara berjaya menundukkan pasukan Jepun, Malaysia bakal mara ke perlawanan akhir bagi memburu Piala Sudirman.

Perlawanan pertama bakal dimulakan dengan pemain beregu negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik diikuti dengan pemain perseorangan S.Kisona dan seterusnya jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zhi Jia selaku pemain ketiga yang bakal beraksi.

Sekiranya ketiga-tiga perlawanan pertama dimenangi oleh Malaysia dengan mata 3-0, maka beregu wanita negara serta beregu campuran tidak perlu lagi beraksi.

Ekoran daripada perlawanan penting memburu Piala Sudirman pada malam ini, kehangatannya amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong atlet-atlet ini berjuang demi membanggakan negara.

Ianya sehinggakan ada netizen di media sosial yang meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengenakan pakaian berwarna merah kepada atlet badminton negara.

Menurut netizen itu, pakaian yang berwarna merah tersebut dikatakan membawa ‘ong’ kepada pasukan badminton negara.

Lebih melucukan lagi, ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

BAM yang membaca ciapan tersebut memberikan respon seakan terhibur dan terkejut dengan permintaan yang dibuat oleh netizen tersebut.

Walau apa pun, marilah kita berdoa agar pasukan badminton negara dapat melakar kemenangan pada malam ini.

Ayuh rakyat Malaysia semua! Teruskan sokongan anda kepada pemain badminton negara!

Sumber: BAM

Aqmal Ezany

I write what is right