Siakap Keli
Gambar: Daily Star

(Video) Tak Padan Dengan Usia, Budak 2 Tahun Belanja “Skill” Jinakkan Ular Tanpa Rasa Takut

Satu video yang memaparkan seorang budak lelaki berusia 2 tahun ini berjaya menjinakkan seekor ular besar telah menjadi tular di media sosial.

Matt Wright, dari Australia, sering membintangi rancangan TV National Geographic iaitu Outback Wrangler.

Lelaki itu sebelum ini pernah dirakam mengusir buaya dari jarak yang dekat.

Dia kini bertekad untuk menurunkan kemahirannya kepada anaknya yang bernama Banjo dengan membiarkannya bermain bersama seekor ular sepanjang dua meter.

Dalam video itu, seorang kanak-kanak yang mengenakan kemeja safari bersaiz kecil dilihat sedang menarik reptilia berwarna coklat itu pada bahagian ekornya.

Matt berkata kepada Banjo: “Tarik dia! Oh tidak, dia sudah berbelit, biar saya tolong! Baiklah, tarik semula ke rumput, cepat, tarik.”

Banjo kemudiannya memegang ekor ular itu dan taiknya kembali ke rumput perlahan-lahan.

Ketika dia nampak reptilia itu bergerak lebih dekat ke arah Matt, dia melepaskan ekornya dan berkata: “Oh tidak, oh tidak. Lari! Lari!”

Namun Matt tetap tenang dan menyuruh anaknya itu pergi pegang ekor ular tersebut semula.

Video itu telah membuatkan penonton terpegun ketika mereka menyaksikan betapa dekatnya ular berkenaan dengan budak tersebut.

Seorang berkata: “Dia mengingatkan saya kepada Steve Irwin…legenda.”

“Budak ini lebih berguna daripada saya jika saya di sana,” tulis seorang penonton.

Ada yang berpendapat bahawa ular itu ialah spesis ular sawa kedua terbesar di Australia.

“Ular bukan barang mainan,” komen seorang lagi penonton. “Ada banyak cara untuk mendidiknya tetapi bukan dengan menarik ekornya.”

Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 300 ribu kali.

 

 

 

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right