Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Pihak Maybank menerusi akaun Twitter sebentar tadi memaklumkan bahawa penyelenggaraan harian akan dilakukan pada 11.30pm sehingga 11.59pm, 9 Oktober 2021(Sabtu).
Tambah makluman itu, ia bertujuan memberi ruang kepada pengguna untuk menggunakan perbankan online bagi tujuan ‘10.10 online shopping’ tanpa sebarang gangguan.
“Kepada pelanggan yang dihormati, harap maklum bahawa kami akan mempercepatkan penyelenggaraan harian kami kepada pukul 11.30 malam hingga 11.59 malam pada 9 Oktober (Sabtu).
“Ini bermakna anda boleh menikmati beli-belah dalam talian 10.10 tanpa ada sebarang gangguan pada tengah malam,” maklum kenyataan tersebut hari ini.
Berikut merupakan perkhidmatan yang akan tergendala sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut:
· Maybank2u, aplikasi MAE, QRPayBiz App & our Wealth App
· Pembayaran atas talian FPX
· Transaksi kad debit
· Mesin layan diri (ATMs, Cash CDM & Deposit Cek)
Sumber: Twitter Maybank