Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Kebakaran: 128 Hilang Tempat Tinggal, 16 Rumah Musnah Di Telipok

KOTA KINABALU, 7 Okt (Bernama) — Seramai 128 orang daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 16 rumah di Skim Penempatan Telipok, Jalan Tuaran, dekat sini, musnah dalam kebakaran tengah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas serta Tuaran bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 1.19 tengah hari.

Beliau berkata kebakaran melibatkan dua deretan rumah 16 pintu jenis tidak kekal dan operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air daripada jentera bomba.

Katanya kebakaran tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa manakala punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.