Siakap Keli

(Video) Bunyi Macam Loghat Perak Tapi Bukan, Wanita Kongsi Loghat Pahang Yang Ramai Tak Pernah Dengar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Variasi daripada Bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia memperlihatkan wujudnya dialek atau loghat yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Kelainan yang ada pada sesuatu loghat menjadikannya sangat unik dan dianggap sebagai trademark untuk sesetengah negeri.

Antara loghat yang popular di Malaysia ialah loghat Kelantan, loghat Terengganu, loghat Perak, loghat Melaka, Loghat Kedah dan Loghat Perlis. Kesemua loghat itu sering menjadi perhatian dan digunakan di dalam filem ataupun drama tempatan.

Pun begitu, nampaknya tidak ramai yang tahu bagaimana bunyi loghat Pahang, bahkan mungkin merasakan bahawa Pahang tidak mempunyai loghat dan hanya bertutur seperti orang Terengganu atau Kelantan.

Tertukar dengan loghat Perak

Bila pertama kali mendengar loghat Pahang, mungkin ada sesetengah perkataan yang berbunyi seperti loghat Perak, namun ia sememangnya tidak sama.

Untuk memahami dan mendalami loghat Pahang ini dengan baik, mungkin kita boleh belajar daripada Youtuber, Sayangku Athirah Puteri, yang berceloteh dengan menggunakan loghat Pahang.

Menerusi video yang dimuatnaik pada Jun tahun lalu, Athirah berkongsi kepada penonton mengenai maksud-maksud sebenar sesetengah perkataan di dalam loghat Pahang yang mungkin sudah jarang didengar atau digunakan.

Dengan loghatnya yang sangat pekat, Athirah turut berkongsikan contoh-contoh penggunaan ayat yang sesuai dengan perkataan tersebut.

Sesetengah perkataan itu mungkin turut digunakan oleh orang Terengganu atau Kelantan, tetapi dengan menggunakan intonasi yang berbeza.

Berikut merupakan perkataan dan maksud loghat Pahang yang dikongsikan Athirah.

  1. Anter- Lambat/lembap
  2. Babei- Degil
  3. Berambi- Berhati-hati
  4. Bobok/Pedo’oh- Tipu
  5. Cengkelik- Lemas
  6. Cenoneng-Halus/terlalu kecil
  7. Gamoknye- Agaknya/mungkin kot
  8. Keknye- Tapi
  9. Keh nok keh sebet- Aku nak aku bagitahu
  10. Kerayan- Cuak/panik
  11. Ko kabo ko tenat- Makin cakap makin teruk
  12. Matnyer- Kenapa
  13. Raban- Sesuatu yang tak logik di akal

Nak dengar macam mana bunyi sebutan perkataan-perkataan itu? Jom saksikan video di bawah ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutama dari Pahang memuji usaha Athirah dalam berkongsi mengenai loghat Pahang yang sangat jarang diketahui orang ramai.

 

Sumber: Sayangku Athirah puteri

Sofea

There's always another side to every story