Siakap Keli
Gambar: TikTok via Suara .com

Tular Lelaki Sedang Sibuk ’Fitting’ Baju Pengantin Bersama Gadis Didatangi Isteri & Anak- Anak Buat ‘Suprise’

Seorang lelaki yang sedang sibuk mencuba baju nikah berwarna merah bersama seorang gadis dipercayai pasangannya di sebuah butik terpaksa ‘menutup muka’ apabila isteri dan anaknya tiba-tiba datang membuat kejutan.

Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, isteri lelaki tersebut turut tampil membawa sebekas kuih yang dipercayai sebagai simbolik ulang tahun perkahwinan mereka.

Video kejadian tersebut sempat dirakam dan dikongsikan ke TikTok bersama kapsyen bertulis, “Pengantinnya telah di-surprise dengan isterinya,”

“Ceritanya, ada bakal pengantin datang untuk pilih baju pernikahan mereka. Tapi tak berapa lama lepas tu, ada wanita pula datang bawa kuih ulang tahun,” tulis kapsyen tersebut.

Difahamkan, wanita itu kelihatan tersenyum ketika menyampaikan kuih ulang tahun tersebut kepada suaminya, malah anak kecil mereka itu dibawa sekali untuk turut sama memberi kejutan buat ayahnya.

“Rupa-rupanya wanita yang datang bawa kuih ini adalah isteri bakal pengantin lelaki tu. Huhuhu,” tambah kapsyen video itu secara berseloroh.

Kedatangan isteri dan anak kecil itu membuatkan lelaki tersebut terpaksa menutup wajahnya, malah dia dipercayai turut ‘terharu’ hingga berusaha menahan air matanya agar tidak tumpah.

Lelaki tersebut cuba berjalan menghampiri isterinya, namun tiba-tiba ia berbalik ke arah pasangannya yang sedang mencuba baju pernikahan mereka.

Kemudian dia kembali ke isterinya lalu berdoa di belakangnya. Sesudah itu, dia juga berlutut di bawah pasangannya yang sedang berdandan dengan baju nikah mereka, sementara isterinya masih memegang kuih tersebut di belakang.

“Aku kesian sangat lihat isteri ini sebenarnya. Bawa anak nak bagi surprise kat suaminya. Tapi suaminya pula tengah pilih baju untuk pernikahannya (dengan wanita baru tersebut).

“Sabar ye kak. Moga masalahnya selesai segera ye,” tulis kapsyen video itu lagi.

Video tersebut telah ditonton lebih 5.9 juta kali setakat ini, malah kebanyakan netizen turut bersimpati dengan wanita tersebut yang melihat suaminya bakal menjadi pengantin sekali lagi bersama wanita lain di depan matanya sendiri.

Ada sesetengah netizen turut mendoakan agar wanita itu tabah menghadapi dugaan tersebut, jika sekiranya suaminya itu benar-benar mahu berkahwin dengan wanita itu. Malah, ada yang seakan mempersoalkan bagaimanakah wanita itu masih berada dalam keadaan tenang ketika kejadian itu berlaku.

Ada juga netizen berpendapat bahawa kejadian pilu di butik pakaian pengantin itu hanyalah rakaman yang disengajakan untuk kandungan (content) TikTok semata-mata. Pun begitu, tidak dapat dipastikan adakah adegan tersebut sememangnya betul-betul berlaku ataupun sekadar ‘content’.

Sumber: Suara

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'