Siakap Keli

“Sampai Sesak Dada Fikir Masa Depan… Runsing Ada Degree Tapi Setakat Tanam Anggur Je, Banyak Persaingan Nak Kena Hadap, Aku Rasa Macam Dah Give Up”

Aku buntu nak cari kerja kat mana lagi, dah berbelas company aku hantar resume, lepas interview kata nak call tapi senyap je

Sampai sesak dada fikir masa depan…runsing ada degree tapi setakat tanam anggur je. Banyak persaingan yang nak kena hadap, aku rasa macam dah give up!

Ada lagi ke company yang nak pakai orang sekarang ni?”

Penat, putus asa dan bagaikan tiada arah tuju, itulah yang dialami oleh kebanyakan individu yang telah kehilangan kerja sejak bermulanya pandemik hampir dua tahun yang lalu. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, bahkan ada di antara mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk dan terpaksa mengikat perut selama berhari-hari.

Tambah membimbangkan, peluang pekerjaan kini berubah menjadi lebih mencabar dan kompetitif daripada sebelumnya dek kerana ‘virus kecil’ yang melanda di seantero dunia. Tidak dapat tidak, ia meningkatkan kadar pengangguran bukan saja dalam kalangan fresh graduate tetapi juga dalam kalangan individu yang sudah mempunyai pekerjaan tetap sebelum ini.

Walaupun keadaan ekonomi kini sedang bertatih untuk bangkit semula, namun bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan terutama mengikut kelayakan yang ada pada seseorang.

Dalam situasi ini, tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana semuanya ‘dicengkam’ oleh masalah ekonomi yang tidak menentu. Bak kata pepatah, nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapa.

Lebih 10 ribu orang diisytihar muflis

Menurut laporan Bernama beberapa minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob mendedahkan bahawa seramai 10,317 individu telah diisytiharkan muflis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu mulai Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

Dalam tempoh itu juga, sebanyak 1,246 kes berkaitan syarikat yang gulung tikar telah dilaporkan.

Segalanya nampak punah dan kelam, bayangkan keperitan yang terpaksa dilalui mereka.

Bangkit semula

Bagaimanapun, bagi yang sedang mencari kerja, jangan mudah berputus asa kerana peluang akan selalu ada. Selagi kita berusaha untuk mencari rezeki yang halal, segalanya akan dipermudahkan walaupun pada awalnya jalan yang perlu dilalui kelihatan berliku-liku.

Buang segala keluh-kesah dan bangkit semula untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Jika tidak tahu nak bermula dari mana, mungkin korang boleh intai peluang pekerjaan dengan menyertai karnival kerjaya secara maya yang dianjurkan oleh JobStreet yang akan bermula pada 14 hingga 16 Oktober ini.

Merupakan lanjutan daripada karnival kerjaya yang diadakan pada Julai lalu, JobStreet Malaysia’s Virtual Career Fair (VCF) pada kali ini akan membantu pencari kerja untuk future-proof kerjaya mereka. Dalam erti kata lain, ia adalah langkah tambahan untuk mempersiapkan diri dengan gaya pemikiran dan kemahiran yang tertentu agar kita boleh menghadapi perubahan landskap pekerjaan membabitkan tenaga kerja di masa hadapan.

Ribuan pekerjaan ditawarkan

Menariknya, terdapat beribu-ribu peluang pekerjaan yang akan ditawarkan di dalam VCF nanti membabitkan empat bidang pengkhususan utama iaitu Pembuatan, Penjualan dan Pemasaran, Pembangunan Perniagaan dan IT di seluruh Malaysia. Ia akan melibatkan organisasi atau syarikat yang juga sedang berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan mereka dalam bidang masing-masing.

Sepanjang VCF berlangsung, korang juga akan berpeluang untuk ditemuduga dan berinteraksi secara langsung dengan majikan yang menyertai karnival ini serta dapat menimba ilmu menerusi webinar dengan jurulatih kerjaya.

Walaupun dijalankan secara dalam talian, orang ramai pasti tidak akan bosan sepanjang menyertai karnival ini kerana ia dilengkapkan dengan ciri-ciri inovatif dan praktikal yang merangkumi pembangun resume kecerdasan buatan (AI), alat latihan temuduga, pembangun cover letter dan alat kalkulator gaji.

Jadi inilah peluang terbaik untuk korang mencari kerja dan dalam masa yang sama menimba ilmu mengenai kerjaya yang mendapat permintaan ramai. Dengan kredibiliti JobStreet yang selama ini menjadi platform terbaik untuk mencari pekerjaan, karnival ini boleh menjadi batu loncatan untuk memulakan kerjaya yang diimpikan selama ini.

Tidak usah ragu-ragu lagi, ia merupakan peluang keemasan yang perlu direbut dengan segera. Mungkin rezeki korang akan berpihak di sini, belum cuba belum tahu. Jangan lupa ya, karnival ini akan berlangsung dari 14 hingga 16 Oktober.

Bagi yang berminat dan ingin menyertai VCF ini, korang perlu layari laman web JobStreet untuk proses pra-pendaftaran.

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.