Siakap Keli
Gambar: Google & @drwanshare

(Video) Viral Kopi Campur Lemon Boleh Kuruskan Badan? Doktor Ini Jelaskan Hal Sebenar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Memiliki berat badan yang ideal sudah pasti menjadi impian kebanyakan daripada kita. Maka ramailah yang menggunakan seribu satu cara untuk kuruskan badan dan kekal langsing.

Salah satu cara yang diamalkan adalah dengan mengambil minuman detoks. Hal ini kerana, nak sediakan minuman detoks tidaklah begitu rumit dan kos untuk bahan-bahanya juga tak terlalu mahal.

Minuman detoks ni pula ada banyak menunya, mengikut kesesuaian tekak masing-masing. Minuman detoks selalunya terkandung buah-buahan citrus yang masam seperti limau, lemon, kiwi dan banyak lagi.

Salah satu menu minuman detoks yang cukup popular sejak kebelakangan ni adalah campuran kopi dan lemon. Tapi betul ke kopi dan lemon ni efektif untuk turunkan berat badan?

Bagi yang tertanya-tanya tentang keberkesanaan minuman detoks kopi dan lemon ni terhadap penurunan berat badan, video yang dikongsikan di laman TikTok Dr Wan ni mungkin boleh menjawab persoalan korang. Nak tahu lebih lanjut tentang detoks kopi dan lemon ni, tonton video penuh di bawah.

@drwanshare

Kopi + lemon baguih untuk kurus?… #dr1share

♬ original sound – DR1 SHARE 🇲🇾 – DR1 SHARE 🇲🇾

Sumber: TikTok @drwanshare

Eyla Azri