Siakap Keli

Sambutan Maulidur Rasul Di Johor Ditangguhkan

Kesemua surau dan masjid di negeri Johor diarahkan untuk menangguhkan penganjuran majlis sambutan Mualidur Rasul. Penangguhan ini mula berkuatkuasa bermula 19 Oktober 2021 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Tosrin Jarvanthi selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, alasan pengguhan majlis itu berikutan peningkatan kes Covid-19 yang semakin meningkat di beberapa mukim di daerah negeri Darul Takzim ini.

Titah penangguhan anjuran majlis suci ini disampaikan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menitahkan supaya sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1443 Hijrah bersamaan tahun 2021 ditangguhkan demi kebaikan bersama.

Bukan terus dibatalkan secara keseluruhannya, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri dan daerah masih boleh dilaksanakan dan disiarkan namun hanya boleh dibuat secara dalam talian mengikut prosedur operasi standard(SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan pihak berkuasa lain.

SOP yang dimaksudkan adalah mengikut ketetapan program pada 18 Oktober 2021. Program yang telah ditetapkan SOP oleh MAINJ ini akan diadakan di peringkat negeri dan daerah dengan melibatkan penasihat majlis bersama-sama kadi daerah. Program ini akan diadakan di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru dan masjid daerah bermula jam 6.30 petang, 18 Oktober 2021.

Jumlah maksimum tetamu jemputan hanyalah 50 orang termasuklah imam, bilal dan petugas yang semuanya perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Menurut Tosrin, ahli jawatankuasa masjid dan surau mestilah mematuhi arahan penangguhan itu sehingga ke satu tahap yang akan diumumkan kelak setelah mendapat pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: Sinar Harian

Akhmar Ikmal