Siakap Keli

(Video) Gempa Bumi ‘Goncang’ Pulau Bali Pagi Tadi, Sekurang-kurangnya 3 Terbunuh Dilaporkan Setakat Ini

Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan telah terkorban dalam kejadian gempa bumi yang melanda Bali pada awal pagi tadi.

Menurut Antara Sulsel, gempa yang berkekuatan 4.8 Skala Richter itu berpusat pada jarak 8 kilometer dari barat laut Kabupaten Karangasem.

“Ada dua orang yang meninggal dunia di Kabupaten Bangli dan seorang meninggal dunia di Kabupaten Karangasem,” kata ketua Pelaksana Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Bali, Made Rentin.

Tidak cuma itu, gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu juga telah menyebabkan tujuh orang mengalami kecederaan yang parah di Kabupaten Karangasem.

Setakat jam 8.15 pagi tadi, seorang mangsa yang meninggal dunia sedang diselamatkan dari runtuhan bangunan. Sementara itu, tujuh orang penduduk yang cedera parah sudah diselamatkan dan dibawa ke hospital Karangasem.

“Empat penduduk yang tertimbun di sebalik runtuhan bangunan dapat diselamatkan,” ujar Rentin.

Sementara itu, Jawa Pos melaporkan bahawa salah seorang mangsa yang meninggal dunia adalah kanak-kanak yang berusia 8 tahun. Mangsa dilaporkan tertimbus di bawah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Antara Sulsel, Jawa Pos

Sofea

There's always another side to every story