Siakap Keli

“Hometown Cha-Cha-Cha” tvN Meraih Jumlah Tontonan Tertinggi Di Episode Terakhirnya

“Hometown Cha-Cha-Cha” merupakan salah satu drama korea keluaran tvN. Drama Korea dengan jumlah 16 episod ini sedang meletop di kalangan pencinta genre komedi romantis di seluruh negara. Terbaharu, drama terkenal ini telah meraih jumlah tontonan tertinggi untuk episod terakhirnya!

Drama komedi romantis ini telah berakhir pada 17 Oktober 2021 dengan jayanya. Kebanyakan peminat berasa sangat sedih kerana drama kegemaran mereka telah pun menemui penamatnya.

Drama Korea yang dibintangi oleh Kim Seon Ho dan Shin Min Ah telah mencapai jumlah penonton tertinggi bagi episod terakhirnya. Menurut Nielsen Korea, episode terakhir siri “Hometown Cha-Cha-Cha” memperoleh peratusan tontonan yang rata-ratanya di seluruh negara sebanyak 12.7 peratus. Hal ini menunjukkan rekod tertinggi peribadi yang baru untuk drama ini.

“Hometown Cha-Cha-Cha” juga masih mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dalam slot waktu tontonan di antara semua penonton dan demografi utama berusia 20 hingga 49 tahun. Hal ini juga menunjukkan jumlah pemerolehan purata 6.5 peratus di seluruh negara untuk siaran episod terakhirnya.

Sementara itu, drama terbaru KBS 2TV “Young Lady and Gentleman” juga mencapai peringkat penonton tertinggi setakat ini dengan episod terbarunya, yang mencatat purata 29.7 peratus di seluruh negara.

Akhir sekali, drama Korea yang bertajuk “Lost” dari JTBC kekal stabil dengan penilaian purata di seluruh negara dengan peratusan sebanyak 1.6 peratus.

Sumber: Soompi

Akhmar Ikmal