Siakap Keli

(Video) Macam Bom, Rakaman Petir Sambar Pokok Di Lebuhraya, Ada Moto Lalu Di Sebelah

Tular satu rakaman di TikTok yang memaparkan kejadian panahan petir berhampiran sebuah lebuhraya, semalam.

Menerusi rakaman yang dimuatnaik oleh @kejutartora, petir itu dilihat menyambar pokok yang berada di sekitar kawasan itu. Mujurlah, ia tidak terkena pada penunggang motosikal dan kenderaan lain yang melalui lebuhraya itu.

Video yang dirakam dengan menggunakan dash cam itu juga menyaksikan panahan petir itu berbunyi sangat kuat seperti bom dan mengeluarkan  kesan api.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimanakah lokasi lebuhraya tersebut.

@kejutartora

Live depan mata td. Bunyi mcm bom…. #dashcam #flash #myvideo

♬ original sound – 🅺🅴🅹🆄🅃🄰🅁🅃🄾🅁🄰

Rata-rata netizen meluahkaan rasa takut melihat keadaan petir itu dan turut bersyukur kerana tiada yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Sumber: kejutartora

Sofea

There's always another side to every story