Siakap Keli

Isu Video Tular, Fauzi Nawawi Dan Khir Rahman Mohon Maaf

Pelakon, Fauzi Nawawi telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah berkaitan video yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Fauzi turut meminta maaf kerana lambat memberikan respon mengenai perkara tersebut.

“Saya nak mohon maaf pada semua yang terkesan disebabkan video tersebut terutama kepada Raja Farah, suami dan juga keluarganya,” katanya.

Jelasnya, program itu dirakam selepas PKP yang pertama pada tahun lalu dan sudah lama ditayangkan. Dia juga telah meminta pihak produksi untuk memotong mana-mana babak yang sensitif setelah selesai rakaman kerana sememangnya ada perbualan yang tidak elok untuk ditayangkan.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

 

“Masa kami bersembang antara lelaki ini.. memang salah saya lah, bila bersembang tu memang tak control cakap, terlepas nama Raja Farah.

“Habis recording tu saya rasa ada benda yang tak patut untuk ditayangkan, tapi malangnya ia telahpun ditayangkan dua kali dan hari ini (semalam) baru ditularkan balik di Twitter.

“Saya mengaku memang salah saya, saya jahil, saya tidak baik tetapi saya sedang perbaiki diri saya untuk jadi lebih baik” katanya.

Sebelum itu, Raja Farah dan suami juga turut memberikan respon terhadap isu yang tular itu dan mengharapkan permohonan maaf dari pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, Khir Rahman yang menjadi pengacara di dalam rancangan itu turut meluahkan kekesalan dan memohon maaf atas kesilapan dan keterlanjuran yang telah dilakukan.

“Saya kesal dan ralat, bahawa saya ketawa hanya pada gelagat yang bercerita. TIDAK pada isunya,” katanya.

Sumber: Fauzi Nawawi, Khir Rahman

Sofea

There's always another side to every story