Siakap Keli

Gas Bocor Jadi Punca Kedai Meletup Di China, Sekurang-kurang 1 Maut & Puluhan Lagi Cedera

Letupan gas yang berlaku di sebuah restoren di Shenyang, Timur Laut telah meragut satu nyawa dan sekurang-kurangnya 33 orang cedera. Kejadian yang berlaku di situ telah menyebabkan kemusnahan seluruh kejiranan.

Kejadian itu terjadi di Daerah Liaoning pada 8.20 pagi pada hari Khamis (waktu tempatan). Namun, punca letupan masih lagi dalam siasatan. Operasi penyelamatan dan pemindahan penduduk secara besaran sedang dilakukan.

Berdasarkan video di atas dapat dilihat letupan gas yang kuat tersebut memusnahkan bangunan dan kereta yang ada disitu. Video tersebut juga menunjukkan asap yang keluar dari letupan gas tersebut menyelubungi jalan itu.

Seorang wanita yang tinggal di tingkat lima di sebuah bangunan berhampiran menyatakan bahawa semua tingkap rumahnya pecah.

“Saya berasa sangat takut semasa kejadian tersebut berlaki,” katanya kepada media.

Sumber: Daily Mail, SCMP

Zahirah