Siakap Keli
Kredit: Cocadanto

(Video) Kucing Jatuhkan Kipas Terus Lari Menyorok, Muncul Semula Berlagak Macam Tak Tahu Apa-apa

Boleh dikatakan, kucing merupakan haiwan yang nakal walaupun kebiasaannya dianggap manja sehingga ramai yang menyukainya. Selain cerita-cerita kecomelan kucing, tidak kurang juga ada berita kucing yang telah menyebabkan pemiliknya rugi ribuan ringgit ekoran barang yang dirosakkan haiwan comel ini.

Kucing sememangnya suka bermain dan berlari, namun kadang-kadang gelagat yang dipamerkan itu boleh membuatkan keadaan rumah pemiliknya bersepah. Seperti video yang dikongsikan oleh akaun Tiktok @cocadanto, gelagat seekor kucing menjatuhkan kipas dari atas kerusi menjadi perhatian ramai.

Apa tidaknya, selepas kipas itu terjatuh, kucing tersebut dilihat terus berlari untuk menyembunyikan diri dan meninggalkan seorang lelaki dan seekor anjing bagaikan terpinga-pinga.

Bertentang mata satu sama lain, lelaki dan anjing tersebut bagaikan terkejut dengan kenakalan kucing yang berwarna putih kelabu itu. Apa yang lebih menarik, kucing itu kembala pada ruangan tersebut sambil berlari dan sepertinya tiada salah yang dilakukan tadi.

Kucing tersebut terus berlari dan bermain seakan-akan dirinya tidak mengetahui langsung mengenai kejadian itu. Mujurlah lelaki berkenaan berada di situ, atau jika tidak anjing itu yang tak pasal-pasal menjadi mangsa ‘fitnah’.

@cocadanto

Ảo thật đấy 😂 #cocadanto

♬ nhạc nền – Coca dân tổ – Coca dân tổ

Sumber: @cocadanto

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa