Siakap Keli
Gambar: @dapodaa

(Video) Akak Ni Ajar Cara Nak Isi Air Kat IKEA, Boleh ‘Refill’ Banyak Kali

Mesti ramai daripada kita yang pernah pergi IKEA kan? Selain terkenal dengan perabot dan perlatan rumah mampu milik, IKEA juga menyediakan kemudahan restoran dengan pelbagai menu menarik.

Macam yang kita tahu, restoran di IKEA menggunakan konsep layan diri, di mana korang kena ambil makanan atau minuman sendiri dan kemudian bayar di kaunter.

Selain makanan di restoran IKEA ni sedap-sedap, minuman kat sini pun berbaloi sebab boleh isi semula banyak kali. Tapi untuk yang pertama kali ke restoran IKEA, mungkin korang agak confuse macam mana nak isi air di IKEA ni.

Bagi yang pertama kali pergi atau masih teragak-agak nak isi air di restoran IKEA, video yang diunggah pengguna TikTok @dapodaa ni mungkin dapat membantu. Video cara isi air di IKEA ni mendapat sorotan warga net sehingga ditonton sebanyak 1.7 juta kali di TikTok.

@dapodaaa

Jangan ko bawa balik plak cawan tu #ikea #ikeamalaysia #Blackpink

♬ LALISA – 리사 (LISA)

“Baru tahu boleh refill”

Menjengah ke ruangan komen, tak sedikit warga net yang masih keliru cara nak isi air di IKEA dan rupanya ramai jugak yang tak tahu air kat IKEA ni sebenarnya boleh refill.

Lepas ni kalau pergi restoran IKEA tak payah malu-malu dah nak refill air. Tapi gelas dengan cawan tu jangan bawak balik pulak ya!

Sumber: TikTok @dapodaa

 

Eyla Azri