Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Dikatakan ‘Ikan Termahal Di Dunia’, Ikan Tuna Sirip Biru Atlantik ‘Munculkan Diri’ Di UK

Sekumpulan ‘ikan termahal’ di dunia dilihat melompat ke udara di luar pantai Cornwall, lapor Daily Star.

Ikan Tuna Sirip Biru Atlantik ini terkenal dengan nilai pasarannya yang sangat tinggi. Ikan tersebut dikatakan boleh dijual dengan harga beribu malah berjuta-juta paun sterling.

Walaupun ikan tersebut merupakan ikan yang paling tinggi nilai pasarannya di dunia tetapi Ikan Tuna Sirip Biru itu adalah haram untuk ditangkap di United Kingdom.

Sekirannya haiwan spesies terancam itu ditangkap dengan tidak sengaja, para nelayan harus melepaskan kembali ikan tersebut ke laut.

“Menjadi sukarelawan di Institusi St Ive’s National Coastwatch, dan saya pernah melihat ikan tersebut menyelam di perairan satu demi satu, pada 23 Oktober lalu”, jelas Peter Nason, 37 tahun.

Semasa siaran langsung Cornwall, ini bukan kali pertama Ikan Tuna Sirip Biru itu dikesan di perairan Cornish. Sebenarnya, pada bulan Ogos tahun ini seekor ikan besar – dipercayai Ikan Tuna Sirip Biru itu telah dilihat berhampiran Porthcurno.”

“Spesies tuna ini adalah yang terbesar di dunia.”

“Mereka boleh membesar hingga saiz maksimum tiga meter dan berat sehingga 250 kilo.”

Ikan Tuna Sirip Biru ini kerap dilihat pada musim panas dan musim luruh. Seperti kebanyakan ikan yang lain, ikan ini berdarah panas dan di mempunyai otot untuk berenang dengan kuat. Otot tersebut membolehkan ikan ini memecut dengan pantas.

Mereka adalah pemangsa yang luar biasa dan berada di bahagian atas rantaian makanan bagi spesies ikan di lautan.

Sumber: DailyStar

Nadhirah