Siakap Keli

Kes Covid-19 Varian Delta Meningkat, China Laksana Perintah Berkurung Di Bandar Lanzhou

Lanzhou merupakan sebuah bandar yang mempunyai hampir empat juga penduduk di China. Terbaharu, bandar besar ini telah melaksanakan perintah berkurung di sana. Pelaksanaan perintah berkurung ini dilaksanakan dalam usaha menangani lonjakan kes jangkitan tempatan  Covid-19.

Penduduk di bandar Lanzhou hanya dibenarkan keluar sekiranya terdapat kecemasan sahaja. Selain itu, penduduk di negara tersebut juga diarahkan untuk kekal berada di rumah bagi membantu mengelakkan penularan wabak ini terus berleluasa.

China telah melaporkan sebanyak 29 kes penularan Covid-19 tempatan termasuklah enam kes di Lanzhou, timur laut wilayah Gansu. Penularan wabak ini telah menyebabkan pemerintah melaksanakan sekatan ini dengan ketat.

Pegawai di Lanzhou mengatakan bahawa laluan keluar masuk penduduk akan dikawal dengan ketat bagi memastikan hanya urusan mendapatkan bekalan keperluan asas dan rawatan perubatan sahaja dibenarkan.

“Semua jenis komuniti kediaman akan melaksanakan pengurusan tertutup,” kata pihak berkuasa Lanzhou dalam kenyataannya.

Peraturan baharu tersebut telah dibuat setelah puluhan ribu penduduk di utara China diarahkan untuk terus berada di rumah. Selain itu, urusan akses ke tempat pelancongan juga sudah dihadkan serta rakyat dinasihatkan untuk tidak meninggalkan bandar jika tiada urusan kecemasan.

Kes jangkitan Covid-19 di China meningkat ekoran varian Delta yang telah melebihi 100 kes sepanjang minggu lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

Akhmar Ikmal