Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Waspada, Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Landa 13 Negeri Hingga 9 Malam Ini

Menurut kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat jam 6.45 petang tadi, beberapa negeri di Malaysia dijangka mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

Negeri-negeri yang terlibat adalah:

  • Perlis
  • Kedah: Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling
  • Perak: Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar
  • Kelantan: Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang
  • Terengganu: Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong
  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat
  • WP Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan: Jelebu dan Jempol
  • Johor: Kluang, Mersing dan Kota Tinggi
  • Sarawak: Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
  • Sabah: Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan)
  • WP Labuan

Pengguna jalan raya diminta untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca sebegini bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.

Sumber: MetMalaysia

Eyla Azri