Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Soh Wai Ching merupakan pelari menara yang mewakili negara Malaysia. Terbaharu, dia telah mewakili Malaysia bagi perlumbaan larian menara di New York, Amerika Syarikat.
Pada tahun ini, bangunan 86 tingkat di Empire State, New York telah dipilih sebagai tempat untuk menjayakan acara perlumbaan larian pendakian tersebut.
Hebatnya, Wai Ching telah berjaya menamatkan acara larian menara tersebut dalam masa kurang 11 minit. Dengan kecepatan itu, Wai Ching sekaligus telah dinobatkan sebagai juara bagi acara Larian Menara Empire State 2021 itu.
Dia telah mencatat masa selama 10 minit dan 47 saat sahaja untuk memenangi perlumbaan bagi kategori lelaki elit. Bagi perlumbaan kategori wanita elit pula, Cindy Haris dari Amerika Syarikat telah memenangi acara perlumbaan tersebut. Untuk pengetahuan umum, pemenang bagi acara larian pendakian ini akan menderma AS$100,000 kepada badan amal pilihan mereka.
Sekadar info tambahan, acara Larian Menara Empire State merupakan perlumbaan menara paling terkenal di dunia. Untuk perlumbaan ini, pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga. Akibat wabak Covid-19, perlumbaan pada tahun lepas telah dibatalkan.
Sumber: Astro Awani