Siakap Keli
Gambar: Today Parents

Umur Selang 3 Tahun, Wanita Ini Tak Sangka 3 Anaknya Lahir Pada Tarikh Yang Sama

Kristin Lammert, 32, ketika mengandungkan anak yang keduanya , Giuliana, tarikh dia dijangka bersalin adalah sama sekitar tarikh dia melahirkan anak sulungnya, Sophia.

Disebabkan itu, Lammert begitu yakin bahawa Giuliana mungkin akan dilahirkan pada tarikh sama iaitu 25 Ogos. Tiada orang yang percaya, tetapi tekaannya tepat.

Tiga tahun kemudian, anak ketiganya, Mia turut berkongsi hari jadi dengan dua orang kakaknya. Khabar ini menjadikan tarikh tersebut tersangatlah istimewa.

“Kami memang tak percaya,” kata Lammert. “Semakin tarikh 25 Ogos itu mendekat, kami sering bergurau mengenainya dan perasaan saya untuk mereka memiliki tarikh lahir sama makin membuak-buak.”

“Sebenarnya, Sophia ada meminta untuk diberikan adik lagi sebagai hadiah hari lahirnya yang keenam.”

Jarak antara ketiga-tiga beradik itu juga sama iaitu selang tiga tahun beza. Sophia 6 tahun, Giuliana 3 tahun, dan Mia hampir 2 bulan. Tambah Today Parents, ianya adalah luar biasa dan pelik. Dr. Christine Greves, Pakar Sakit Puan di Hospital Winnie Palmer di Orlanda, Florida  turut memberitahu yang mereka juga sudah berbincang dengan ahli statistik. Mereka juga mendapati bahawa hal ini sangat susah untuk dikira dan pelik.

“The Guinness Book of World Records pernah merekodkan sebuah keluarga yang memiliki lima orang anak mempunyai tarikh lahir yang sama dan dalam kes itu, peluangnya ialah satu dalam 17 bilion keberangkalian,” kata lagi.

Kebiasaannya, hanya 5 peratus bayi dilaporkan benar-benar lahir pada tarikh yang sudah dijangkakan dari awal. Shopia dilahirkan pada 25 Ogos, berkongsi tarikh dengan 2 kakaknya, iaitu 2 minggu dari tarikh jangkaan kelahirannya.

Sumber: Today Parents

Zahirah