Siakap Keli
Gambar: @buitengebieden_

(Video) Sebak, Lelaki ‘Istimewa’ Ini Terus Cium Kaki Selepas Dapat Hadiah Tongkat Dari Orang Tak Dikenali

Setiap manusia dituntut untuk berbuat baik kepada sesama hidupan yang hidup bersama di muka bumi ini. Ianya kerana, kita semua adalah makhluk yang diciptakan sama dan saling bergantung antara satu sama lain.

Disebabkan itulah, tuntutan bersedekah itu adalah suatu perkara yang mulia untuk dilakukan. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, malahan tenaga serta barangan keperluan juga turut boleh disumbangkan kepada orang yang tidak bernasib baik.

Mungkin kita akan berasa bahawa nilai bersedekah itu terlalu kecil, namun ianya boleh menjadi besar untuk si penerima itu.

Seperti dalam satu video yang tular di media sosial ini. Video yang dikongsikan di medium Twitter ini memaparkan satu perbuatan kecil yang telah memberi seribu makna serta harapan kepada si penerima.

Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, terdapat seorang orang kelainan upaya (OKU) yang sedang duduk di tepi jalan didekati oleh seorang lelaki.

Lelaki itu kemudiannya memanggilnya dan menghulurkan sepasang tongkat untuknya. Apabila dia menerima sahaja tongkat itu, dia telah bertindak menunduk ke arah kaki lelaki yang menghadiahkan tongkat untuknya seakan-akan sangat bersyukur dan gembira dengan pemberian itu.

Tindakan mulia lelaki itu mungkin telah menceriakan hari lelaki OKU tersebut dan secara tidak langsung membantunya untuk meneruskan hari-harinya yang mendatang dengan lebih mudah kerana adanya tongkat berkenaan.

Bukan itu sahaja, tindakan lelaki mulia itu telah membuatkan salah seorang pemandu kenderaan yang terdapat di kawasan situ terpanggil untuk keluar menghulurkan sedikit wang kepada lelaki OKU tersebut.

Video berkenaan lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat tontonan sebanyak lebih 150 ribu kali.

Video itu sedikit sebanyak boleh memberikan pengajaran kepada kita semua supaya berbuat baiklah sesama manusia dan janganlah kita memandang hina kepada orang yang kurang bernasib baik kerana kita tidak tahu apa keperitan yang mereka telah lalui.

Sumber: @buitengebieden_

Aqmal Ezany

I write what is right