Seperti semua tahu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini membentangkan Bajet 2020 yang berteraskan Keluarga Malaysia dibawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri.
Dalam pembentangan Bajet 2022, antara perkara yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul adalah membenarkan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang dibenarkan.
Pada zaman teknologi ini, program e-sukan berjaya menarik minat anak-anak muda untuk mengambil tempat dan terlibat secara langsung dalam industri e-sukan.
Dengan pengecualian cukai ini, sedikit sebanyak membantu industri e-sukan untuk terus berkembang di Malaysia pada tahun 2022.
Sumber: Bernama