Siakap Keli
Gambar: Amert Ramli

Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Mistik, Hidap Penyakit ‘Misteri’ Dipercayai Hanya Kerana Sebatang ‘Driftwood’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap daripada kita mesti punya minat tersendiri dalam sesuatu benda yang kita panggil hobi. Antara hobi yang cukup popular pada masa sekarang ni adalah membela ikan hiasan.

Bagi peminat ikan hiasan, memiliki akuarium adalah satu kemestian agar ikan-ikan yang dibela berada di tempat yang selesa. Selain itu, akuarium ini juga dipercantikkan lagi dengan pelbagai hiasan.

Salah satu hiasan yang cukup sinonim dalam akuarium penggemar ikan hiasan adalah driftwood. Driftwood atau kayu hanyut ini sememangnya mampu menaikkan lagi ciri estetika akuarium ikan hiasan.

Tak dinafikan, driftwood ni memang cantik pada luaran, namun lain pula ceritanya dengan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amert Ramli ini. Siapa sangka, hanya kerana sebatang driftwood, lelaki ini terpaksa mengalami satu pengalaman mistik dalam hidupnya.

Ikuti perkongsian Amert Ramli di bawah ini.

Kerana sebatang Malaysian driftwood

Sebelum tu, kita backstory sikit bab Malaysian driftwood ni. Malaysian driftwood ni sebenarnya supplier dapat memang raw, asli dari hutan. Bukan dibuat dan bukan man made. Sampai je ke tempat supplier dari tempat kutipan (hutan), memang kotor dan bersalut tanah. Jadi diorg akan cuci-cuci dulu sebelum dijual. Settle backstory.

Gambar: Amert Ramli

Ingat lagi tak tempoh hari saya ada post bab santau? Okay bab santau letak tepi kejap, tapi ini berkaitan dengan benda mistik dan tajuk cerita diatas, driftwood.

Sakit yang saya kena, salah satu puncanya adalah disebabkan gangguan makhluk halus. Period. Fakta dan takda pertikaian. Dua orang peruqyah saya jumpa (pusat perubatan berlainan), dua-dua orang bagi explaination yang sama.

Cacar air yang saya kena, penuh satu badan, merebak dalam jangka masa pendek. Gatal menggila apabila tiba tengah malam adalah disebabkan oleh makhluk halus bernama Hantu Galah (atau sesetengah tempat panggil Hantu Panjang).

Kalau terkena kencing dia, akan buat pesakit tu mcm terkena jangkitan Herpes, HIV atau kayap di seluruh badan dan memang makhluk ini kalau dia marah pada seseorang, dia akan buat macam tu. Dalam kes ini adalah saya.

Kayu driftwood , yang saya beli haritu adalah kayu kepunyaan makhluk halus tersebut. Dalam segudang punya banyak kayu yang ada, saya tidak bernasib baik dan memilih kayu tersebut. Nasib badan la Amert.

Gatal satu badan, busuk macam bau najis

Sekarang kita story sikit bab tier makhluk halus ni. Makhluk halus macam manusia jugak, ada baik ada yang sebaliknya. Hantu galah adalah yang dalam group sebaliknya dan dia ni tier tinggi juga, dibuat sebagai belaan oleh para dukun ilmu hitam, dukun org asli atau pengamal kebatinan.

Senang cakap, setakat hantu raya, pelesit, toyol, penanggal tu semua grade bawah dari dia. Dia lagi up. Habis bab story. Jadi penyakit macam mana Amert kena?

Gambar: Amert Ramli

Gatal satu badan dan mengeluarkan bau yang busuk macam bau najis. Bila kita buka ruqyah, lagi kuat gatal dia. Kuat dia melawan.

Badan akan penuh toksik, dia akan prevent tuan-tuan dari buang air besar. Saya kena lima hari tak rasa nak buang air besar tuan-tuan. Seluruh badan akan jadi hitam gelap macam terkena bisa dan kulit kering menggelupas macam sisik.

Tapi Alhamdulillah, hari ni Amert dah semakin okay.

Jadi peminat ikan hiasan di luar sana, kalau nak beli driftwood untuk hias akuarium korang hati-hati ya.

Sumber: Facebook Amert Ramli

Eyla Azri