Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Gadis Dilapor ‘Mati Berdarah’ Setelah Diserang Sekumpulan Anjing Ketika Keluar Berjoging

Seorang gadis didakwa mati ‘berdarah’ setelah diserang oleh sekumpulan anjing ketika keluar berjoging pada waktu petang, berhampiran bandar San Juan di barat Argentina, lapor Mirror

Kejadian ngeri itu berlaku di kawasan sampah berdekatan rumahnya sekitar jam 7 malam, Isnin di Albardon berhampiran bandar San Juan di barat Argentina bersempadanan dengan Chile.

Pada ketika itu, dia berjaya menelefon abangnya yang juga merupakan pihak polis selepas diserang oleh setengah dozen haiwan di kawasan sampah berhampiran rumahnya.

Abangnya dipercayai terus bergegas ke tempat kejadian dengan motosikalnya dan berjaya menakutkan anjing-anjing itu dengan memacu pistolnya ke arah anjing-anjing itu sebelum sempat melompat ke atasnya.

Wanita itu hampir tidak sedarkan diri dengan luka gigitan pada lengan, kaki dan dadanya semasa ambulans tiba dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital, lapor Mirror.

Menurut laporan, anjing-anjing itu masih berada di atasnya apabila abangnya tiba di tempat kejadian dan berjaya menghalau mereka dengan tembakan selepas mereka cuba menyerangnya.

Menurut ibu saudara mangsa yang juga berada di tempat kejadian berkata, wanita itu sempat meminta air sebelum ambulans tiba untuk memberikan rawatan.

“Saya memasukkan air ke dalam mulutnya tetapi selepas beberapa ketika saya menyedari dia tidak bergerak lagi dan ketika itulah saya fikir dia sudah mati,” tambahnya.

Polis menggunakan dron di kawasan serangan itu untuk cuba menjejaki haiwan yang dikatakan masih berkeliaran, sama ada sesat atau sudah dikenal pasti pemiliknya.

Dakwaan juga mengatakan bahawa mangsa selalu berjoging setiap petang sebagai rutin harian kerana berhasrat ingin menyertai abangnya dalam pasukan polis dan berada dalam keadaan sihat untuk lulus pemeriksaan fizikalnya.

Dia juga dipercayai memilih kawasan sampah tersebut kerana berasa lebih selamat daripada jalan-jalan di sekitar rumahnya yang menjadi lokasi rompakan baru-baru ini, kata laporan tempatan.

Sumber: The Mirror

Fathin Nadzira