Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

Kereta Langgar Lembu Sebelum Dirempuh Lori, Bayi 14 Hari Dilaporkan Maut Di Tempat Kejadian

Sebuah kereta Perodua Kancil dilaporkan bertembung dengan lori membawa muatan tanah selepas melanggar dua ekor lembu di Kampung Gelung Gajah, Manjung.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar, dalam kejadian kira-kira jam 6.24 pagi itu, seorang bayi lelaki berusia 14 hari dilaporkan maut di tempat kejadian.

Bapa bayi berkenaan dan tiga kanak-kanak lelaki yang turut menaiki kenderaan sama telah dikeluarkan sebelum digegaskan ke hospital oleh orang awam semasa pihak penyelamat tiba di lokasi kemalangan.

Manakala wanita yang merupakan ibu kepada bayi itu didapati tersepit dan berjaya dikeluarkan pihak penyelamat sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan, memetik laporan Astro Awani.

Turut tercedera dalam kemalangan tersebut adalah pemandu lori berusia 50 tahun yang ketika itu sedang memandu dari arah bertentangan, menuju ke Beruas.

Tambah Suhaimi, mayat bayi berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Eyla Azri