Siakap Keli
Gambar: New York Post

Lelaki Dilapor Menderita Kemaluannya ‘Reput’ Setelah Dipatuk Ular Tedung Keluar Dari Mangkuk Tandas

Seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan bagi membentuk semula struktur zakarnya yang mereput selepas dipatuk oleh seekor ular tedung semasa dia sedang menggunakan tandas ketika mengikuti trip safari di Afrika Selatan, lapor New York Post.

Lelaki yang berusia 47 tahun itu menderita nekrosis skrotum selepas haiwan pemangsa yang sedang melingkar di dalam sebuah mangkuk tandas menyerang dan mematuk alat sulitnya, menurut laporan Kes Urologi.

Lelaki tersebut dilaporkan terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum dia diterbangkan dengan helikopter ke hospital yang berada kira-kira 220 batu jauh daripada tempat kejadian.

“Zakar dan kantung skrotumnya didapati membengkak, berwarna ungu gelap, dan menyakitkan semasa dia dimasukkan ke dalam hospital. Nekrosis skrotum itu terus didiagnosis, dan dia diberikan beberapa dos antiserum racun ular serta antibiotik spektrum luas yang tidak spesifik,” menurut laporan perubatan itu.

Lelaki itu dilaporkan mengalami muntah-muntah dan rasa terbakar serta sakit yang menjalar daripada bahagian pangkal pahanya sehingga ke dalam perut dan bahagian atas dadanya.

Disebabkan itu, dia memerlukan hemodialisis akibat daripada kecederaan pada buah pinggang sebelum menjalani pembedahan rekonstruktif.

Pakar yang melaporkan kes itu dalam Laporan Kes Urologi berkata bahawa lelaki itu agak malang kerana merupakan kes perubatan pertama dipatuk oleh ular tedung pada bahagian zakar.

Walau bagaimanapun, lelaki itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah pulih sepenuhnya ekoran daripada insiden itu.

Sumber: New York Post

Aqmal Ezany

I write what is right