Siakap Keli
Gambar: Youtube

Wanita Seram Ternampak Kelibat Misteri Seakan Manusia Di Atas Pokok Jam 3 Pagi Semasa Berkhemah

Seorang wanita meremang bulu roma apabila mendakwa ternampak entiti misteri berbentuk seakan manusia di atas pokok ketika sedang berkhemah baru-baru ini.

Detik seram yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Edenbridge, UK itu dikongsi dan diulas menerusi rangkuman video yang dimuat naik di siaran Youtube MrBBB333 semalam.

Difahamkan, pada awalnya wanita itu sedang berkhemah di situ pada waktu malam dan dia mendakwa terdengar bunyi  pelik tidak jauh dari khemahnya sekitar pukul 3 pagi.

Bagi mengenal pasti punca bunyi pelik itu, wanita tersebut keluar dari khemah dan tekad mengambil gambar-gambar suasana di sekelilingnya yang gelap secara rawak menggunakan mod flash.

Bagaimanapun di sebalik kesemua gambar tersebut, ada antaranya memaparkan penampakan kelibat makhluk misteri di atas pokok yang bentuknya seakan manusia.

“Kamu akan nampak sesuatu  yang bukan pada ‘tempatnya’ di atas pokok itu. Ia bukan dahan, ia bukan daun, (tapi) ia hampir menyerupai bentuk tubuh manusia,” kata Youtuber itu.

Video tersebut telah ditonton lebih 81,000 kali tontonan setakat ini, selain turut mencetuskan pelbagai pendapat berbeza daripada kalangan warganet.

Difahamkan, ada warganet mendakwa kelibat makhluk misteri itu dipercayai mungkin sejenis ‘cryptid’, iaitu spesies hidupan yang tidak diketahui asas kewujudannya seperti bigfoot, yeti dan seumpamanya.

Sumber: Daily Star

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'