Siakap Keli
Kredit: TikTok @norafs.co

(Video) Patutlah Tak Boleh Letak Sabun Terlalu Banyak Masa Basuh Baju, Rupanya Ini Sebabnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalu kalau kita nak cuci pakaian, antara perkara yang dititik beratkan adalah hasil basuhan yang bersih dan wangi. Apa tidaknya, pakaian tersebut hendak dipakai semula, mestilah kita mahu berasa lebih selesa dengan pakaian yang bersih dan wangi.

Pun begitu, mungkin ada yang pernah terfikir untuk memastikan pakaian bersih dan wangi perlu letakkan sabun pencuci dalam kuantiti yang banyak. Namun lain pula seperti yang diterangkan oleh seorang pengguna Tiktok @norafs.co.

Melihat kepada video tersebut, jika sabun yang diletakkan terlampau banyak ianya akan menghasilkan jumlah buih yang  banyak dan buih-buih itu akan memerangkap segala kotoran yang ada pada baju kotor tersebut. Buih-buih yang terlebih itu juga membuatkan baju kita akan kembali kotor.

Tambahnya di ruangan kapsyen, untuk memastikan pakaian yang dicuci berbau wangi adalah dengan meletakkan pewangi baju, dan bukannya sabun pencuci dalam kuantiti yang banyak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menonton video di bawah:

@norafs.co

Baju kotor balik bila letak sabun banyak. Nak ke? Guna 1 penutup pun dah cukup. Nak baju wangi gunalah pewangi baju bukan sabun basuh baju 🌹

♬ original sound – norafs.co – norafs.co

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat rata-rata warganet ramai yang tidak tahu mengenai hal tersebut.

Kredit: TikTok @norafs.co
Kredit: TikTok @norafs.co
Kredit: TikTok @norafs.co
Kredit: TikTok @norafs.co

Sumber: TikTok @norafs.co

Nadhirah