Siakap Keli
Gambar: Khadijah Hamid

(Video) Lebih 8.5k Perkongsian, Ini Resipi ‘Cuq Jawa’ Sedap Boleh Cuba Buat Untuk Makan Petang Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa yang suka makan kuih tradisional tempatan, mesti cukup kenal dengan cucur Jawa. Bentuknya yang bulat dan tebal di tengah serta teksturnya yang lembut, kuih ini sedap dimakan panas-panas ketika sarapan mahupun minum petang.

Selain itu, ia juga banyak dijual di kedai-kedai makan, restoran mahupun dijaja di tepi-tepi jalan. Walaupun harganya murah, namun tidak ramai yang tahu apakah resipi rahsianya untuk membuat kuih ini.

Bersempena hari hujung minggu, apa kata pembaca SK sekalian cuba buat cucur Jawa guna resipi tepat seperti yang dikongsikan warga Masak Apa Hari Ini (MAHN), Khadijah Hamid di bawah ini. Bolehlah buat minum petang nanti.

Selamat mencuba!

Resipi Cucur Jawa

Gambar: Khadijah Hamid

Hujan-hujan ni pekeca cuq jawa sedap juga kan. Couple dengan ayaq kopi panaih.

Resipi cuq jawa:-

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 3/4 cawan air
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-caranya:-

  1. Campur semua bahan
  2. Kacau sampai sebati
  3. Tapiskan adunan agar tidak berketul-ketul
  4. Peram semalaman (4-8 jam)
  5. Guna kuali yang kecil (tebal) dan tidak melekat
  6. Minyak anggaran dalam setengah cawan
  7. Pastikan minyak betul-betul panas
  8. Api sederhana kecil

Nota: Peram adunan dalam suhu bilik 4 – 8 jam dan dah boleh buat dah. Dan lebihan adunan boleh disimpan di dalam peti selepas 8 jam. Boleh buat bila-bila masa.

Tepung yang saya selalu guna untuk buat cuq jawa:-

1) Tepung beras:-

  • Cap Rose
  • Cap Gajah 3
  • Cap Gajah 1

2) Tepung gandum:-

  • Cap Lili
  • Cap Tank
  • Cap Cempaka
Gambar: Khadijah Hamid
Gambar: Khadijah Hamid

Boleh tonton video memasak cucur Jawa oleh Khadijah Hamid di bawah ini.

Sumber: Khadijah Hamid melalui Masak Apa Hari Ini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'