Siakap Keli
Sumber: Tiktok Richard is Cooking

(Video) Ini Cara Nak Ayam Tahan Rangup Selepas Disiram Sos Atau ‘Butter Milk’

Pernahkah anda terfikir bagaimana tukang masak restoran menggoreng ayam menjadi rangup walaupun sudah disiram sos sehingga membuatkan kita ketagih untuk memakannya berklali-kali? Namun, apabila kita cuba untuk menggorengnya sendiri di rumah, ayam goreng tersebut tidak rangup meskipun selepas disiram dengan sos yang sedikit sahaja?

Satu resipi untuk menggoreng ayam sehingga rangup telah dibuat oleh seorang pengguna Tiktok yang bernama @richard_is_cooking. Dalam video yang mendapat hampir 400 ribu kadar sukaan itu, Richard memberitahu semua bahawa cara ini sangat sukar untuk diketahui kerana tukang masak restoran pasti tidak akan menyebarkan rahsia itu.

Cara ini terbahagi kepada dua bahagian utama yang kemudian digabungkan dua bahagian ini pada bahagian ketiga. Cara ini pastinya akan menghasilkan ayam goreng yang sangat rangup walaupun telah disiram sos yang banyak.

Bahan-bahan:

Bahagian 1:

  1. Tepung ubi kayu (20gm)
  2. Tepung Custard (100gm)
  3. Tepung Beras (50gm)

Bahagian 2:

  1. Knorr pasti sedap (5gm)
  2. Telur (1 biji)
  3. Ayam (500gm)
  4. Tepung gandum (50gm)

 

Langkah-langkah:

Bahagian 1:

  1. Campurkan tepung ubi kayu, tepung Custard dan tepung beras dalam satu bekas yang sama dan tutup bekas tersebut.
  2. Goncangkan bekas yang berisi tiga campuran tepung tersebut.

 

Bahagian 2:

  1. Potong ayam sehingga menjadi ketulan-ketulan kecil dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Setelah selesai, letakkan 5gm Knorr Pasti Sedap bersama ayam yang sudah dipotong itu.
  3. Seterusnya, masukkan sebiji telur dan tepung gandum ke dalam mangkuk berisi ayam tersebut.
  4. Gaulkan rata semua bahan sehingga sebati.

 

Bahagian 3:

  1. Celupkan ayam ke dalam tepung yang sudah siap digoncang tadı.
  2. Seterusnya, tapiskan tepung lebihan itu supaya ayam tidak terlalu banyak tepung.
  3. Sediakan minyak di dalam kuali dan tunggu sehingga panas. Untuk memastikan minyak betul-betul panas, masukkan sedikit tepung ke dalam kuali dan memeriksa kadar kepanasannya.
  4. Masukkan ayam ke dalam minyak panas tersebut dan mulalah menggoreng.
  5. Jika anda rasa ayam sudah separuh masak, angkat ayam terlebih dahulu daripada kuali yang panas itu. Jangan lupa untuk mengangkat juga sisa-sisa tepung bagi gorengan sebelum ini.
  6. Apabila kuali hanya tinggal minyak panas sahaja, masukkan kembali ayam separuh masak tadi dan mulalah menggoreng semula.
  7. Jika anda rasa ayam sudah masak, maka angkatlah daripada kuali dan hidangkan.

 

Mudah sahajakan? jadi, tunggu apa lagi? Pergilah beli bahan dan gorenglah ayam yang rangup sebanyak yang anda semua inginkan.

@richard_is_cooking

#ayamgoreng #myfoodie #tiktokchef #tiktokguru #masakdirumah

♬ original sound – Richard is cooking – Richard is cooking

Sumber: Tiktok richard_is_cooking

 

Akhmar Ikmal