Siakap Keli
Gambar hiasan | Kredit: The Poultry Site

Jangkitan Merebak Pantas, Negara Di Eropah & Asia Berjaga Virus Selsema Burung

Beberapa kes jangkitan virus selsema burung di Eropah dan Asia telah dikesan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) akhir-akhir ini, menunjukkan ia dipercayai akan kembali merebak lagi.

Menurut statistik OIE menerusi The Guardian, di China sebanyak 21 jangkitan kepada manusia melibatkan virus jenis H5N6 tahun ini, lebih tinggi berbanding sepanjang tahun lepas.

Manakala di Korea Selatan pula, virus selsema burung dilapor telah menjangkiti sekitar 770,000 ternakan di wilayah Chungcheongbuk-do hingga menyebabkan kesemuanya terpaksa disembelih.

Sementara itu di Jepun, jangkitan pertama dilapor berlaku pada musim sejuk tahun ini di sebuah ladang di timur laut negara tersebut, dikatakan melibatkan virus jenis H5N8.

Selain Asia, Eropah juga tidak terkecuali apabila kira-kira 7,000 burung di Rogaland, Norway dilapor dijangkiti virus berkenaan, selain di Belgium, Perancis dan Belanda.

Awal bulan ini, zon pencegahan selesema burung telah diisytiharkan di seluruh Great Britain, di mana semua penjaga burung diwajibkan mematuhi langkah biosekuriti yang ketat selepas sekawan ayam di Dundee di Scotland terpaksa dimatikan.

Difahamkan, selsema burung boleh menjangkiti manusia dalam kes-kes yang jarang berlaku.

Antaranya adalah ketika menyentuh burung yang dijangkiti; najis atau tempat tidur mereka; atau semasa menyediakan ayam yang dijangkiti untuk dimasak.

Sumber: The Guardian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'