Siakap Keli
Gambar: TikTok zarbar1993

(Video) “Habis Satu Kotak Tisu…”, Aksi ‘Makhluk Berbulu’ Pantas Selamatkan Diri Bila Kantoi Bikin Ramai Terhibur

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing merupakan haiwan yang comel dan disayangi banyak orang. Masayrakat Malaysia juga suka membela kucing sebagai haiwan peliharaan mereka.

Tambahan pula, kucing ini banyak karenahnya, bukan setakat suka bermanja malah kucing juga ada masanya suka menunjukkan kecomelan mereka.

Kecomelan yang ditunjukkan itu kadang-kadang membuatkan kita rasa geram. Sifat mereka yang suka bermain dan berlari kadang-kala membuatkan kita rasa marah dan terhibur pada masa yang sama.

Itulah yang ingin dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok Zarbar1993. Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat dilihat pemilik akaun tersebut ‘menangkap’ kucing peliharaannya sedang memunggah tisu di dalam kotak.

“Habis la ni satu kotak,” katanya. Tetapi seperti biasalah, kucing bila dah tertangkap pasti akan lari untuk menyorok.

@zarbar1993

#catsoftiktok #naugthycat apa lah nasib

♬ JANG GANGGU versi parodi Kucingku – Mas Paijo

Netizen turut tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa geram mereka terhadap kecomelan kucing tersebut dalam ruangan komen:

Maia Aysha: “Pandai ya, dah buat salah lari.”

Kredit: TikTok zarbar1993

izzatiii: “Saya cuma nak tolong kemas.”

Kredit: TikTok zarbar1993

Qurratu Aini: “Walaupun kau putih bersih, tetap nampak juga sebelah dinding putih tu.”

Kredit: TikTok zarbar1993

Sumber: zarbar1993

Zahirah